Make your own free website on Tripod.com

 

ani-flowers.gif (12983 bytes)

>>PENGENALAN<<

Pembahagian Pusaka Kecil adalah satu pengurusan yang perlu disegerakan oleh waris-waris yang berhak keatas peninggalan harta orang yang telah meninggal dunia. Kelewatan membuat permohonan pembahagian harta pusaka masih dilihat sebagai satu daripada isu-isu penting dalam pentadbiran dan pengurusan tanah di Malaysia.Akibat daripada kelewatan ini meninggalkan kesan negatif terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara.Perebutan tanah pusaka sering dilihat sebagai punca keruntuhan institusi keluarga sehingga saudara mara tidak sehaluan .Pada keadaan lain tanah pusaka cenderung menjadi tanah terbiar dan tidak diusahakan sehinggalah berlaku pembaziran sumber yang boleh merencatkan pembangunan negara secara keseluruhan.

Punca utama berlakunya kelewatan dalam menyelesaikan hal pusaka ialah kerana waris tidak tahu apa yang harus dilakukan dan ke mana masalah tersebut perlu dirujuk.Kegagalan menyelesaikan pembahagian pusaka dengan segera menyebabkan proses pembahagian menjadi lebih rumit terutama apabila bilangan waris bertambah ramai akibat kematian yang berlapis-lapis dan ini turut menyumbang kepada wujudnya tanah terbiar.

Dengan wujudnya laman ini,diharap anda semua dapat memahami serba sedikit tentang Proses Permohonan Pembahagian Harta Pusaka dan secara tidak lansung dapat mengetahui tentang prosedur yang perlu diikuti.

 

anabull1.gif (2533 bytes) Unit Pembahagian Pusaka Kecil

Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mempunyai 36 unit di seluruh negara.Setiap unit mengawasi dua atau tiga daerah. Contohnya Unit Pembahagian Pusaka Perak Barat Laut mempunyai dua daerah iaitu Kerian dan Selama.Bagi daerah dimana tidak wujud Unit Pusaka Kecil, urusan penerimaan permohonan (Borang A dan P) adalah dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah berkenaan.

anabull1.gif (2533 bytes) Apakah Harta Pusaka Kecil ?

Harta Pusaka Kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang mempunyai ciri-ciri berikut :-

a) Simati tidak meninggalkan wasiat (bagi simati bukan islam):
b) Harta itu terdiri daripada ;
    i- Tanah sahaja,atau;
   ii- Tanah dan harta alih seperti wang tunai, saham, KWSP, ASN, ASB, ASJ dan
        sebagainya; dan
c) Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM600,000.00 pada tarikh
    permohonan dibuat.

anabull1.gif (2533 bytes) Ciri-Ciri Istimewa Pembahagian Harta Pusaka Kecil

Di antara ciri-ciri istemewa dalam Pembahagian Pusaka Kecil ialah :-

a) Borang Permohonan (Borang A) boleh didapati di tiap-tiap Unit Pembahagian
    Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah Dan Daerah.
b) Perbicaraan boleh diadakan di Balai-Balai Raya / Penghulu, Dewan Orang Ramai
    atau di Pejabat Tanah yang berhampiran dengan tanah sepeninggalan simati.
c) Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;
d) Penyerahan/penerimaan hak/bahagian sesama waris boleh dibuat semasa
    perbicaraan dan tidak dikenakan apa-apa bayaran;
e) Perbicaraan boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa tadbir
    hanya diberi dalam keadaan tertentu.

anabull1.gif (2533 bytes) Waris-Waris Yang Berhak Memohon

Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut :-
a) Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan,anak laki-laki
    atau perempuan ,ibu atau bapa,Majlis Agama islam(Baitulmal)dan
    sebagainya.
b) Pemiutang dan pengkaveat.
c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah.
d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati.
e) Penghulu atau pegawai penempatan yang diarahkann oleh Pentadbir
    Tanah.
f) Amanah Raya Berhad

anabull1.gif (2533 bytes) MENGAPA PERMOHOANAN PUSAKA PERLU DIBUAT SEGERA.

- Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematian
  berlapis.
- Memudahkan proses pembahagian pusaka.
- Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera bagi faedah
  semua waris.
- Mengelak berlakunya tanah terbiar.
- Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi
  kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan
  kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

 

 

               LAMAN UTAMA | PENGENALAN | LATAR BELAKANG | CARTA ORGANISASI
| CARA MEMOHON|BAYARAN|
             
    BORANG A| BORANG P| BORANG PERSETUJUAN | BORANG K2