Make your own free website on Tripod.com

Pic_kptg.gif (62076 bytes)

nabkgnd.jpg (3781 bytes)

Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil,Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan,Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi telah diwujudkan pada 1 MAC 1974 mengikut surat bil. (6)dalam KTKW 16/2/12 bertarikh 20  November 1973.Kewujudan seksyen ini adalah bagi melaksanakan kehendak Jadual Kesembilan, Senarai 1,perenggan 4(e)(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan harta pusaka kecil di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan

Undang-undang utama yang membolehkan Seksyen ini berfungsi ialah:
    i)    Small Estates (Distribution) Act 1955 9Act 98)
    ii)    Small Estates (Distribution0 Regulations, 1955
    iii)    Kanun Tanah Negara 1965

Buat permulaan sejumlah 11 orang Pegawai Pembahagian Pusaka,di bawah perkhidmatan tertutup (close service) dengan gred gaji A 22 dilantik mewakili setiap negeri di Malaysia Barat.Kemudiannya bagi menampung bebanan tugas yang semakin bertambah, seramai 13 lagi pegawai dilantik pada tahun 1978.Dalam tahun 1981eksyen Pembahagian Pusaka sekali lagi berkembang dengan mendapat 17 lagi jawatan baru Pegawai Pembahagian Pusaka menjadikan jumlah terkini sebanyak 41 orang.

 

Sunset.jpg (98066 bytes)

Objektif Seksyen Pembahagian Pusaka ialah menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka kecil dengan cekap dan adil mengikut kehendak Akta (Pembahagian) harta pusaka kecil 1955.

 

Sunset.jpg (98066 bytes)

Seksyen Pembahagian Pusaka berjanji akan menyelesaikan setiap permohonan pembahagian pusaka yang tidak bermasalah dalam tempoh 4 1/2 bulan.

 

fl-blank.gif (4593 bytes)