Make your own free website on Tripod.com

at013.gif (62228 bytes) PROSES  PERMOHONAN KUASA PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL at013.gif (62228 bytes)                                                                                                                                                     fl-divider.gif (5073 bytes)     

Sunset.gif (3032 bytes)

1.   Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas
      iaitu (Borang A)

2.   Setiap permohonan mestilah disertakan dengan  :-
      a)    Bukti kematian;
             i) Surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
          
ii) Surat sumpah oleh dua orang saksi bebas yang mengenali dengan simati dan
               menyaksikan jenazah dikebumikan (bagi kematian semasa pendudukan  
               jepun/sebelumnya); atau
        
  iii) Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan
               seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969,
               Tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas tujuh tahun dari tarikh
               berlakunya kejadian.

      b)    Salinan Geran atau hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau Perakuan
             Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian 
             jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmili yang berasingan;

     c)    Salinan dokumen harta-harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan,
            salinan penyata KWSP dan sebagainya (jika ada).   

 

Sunset.gif (3032 bytes)

 anabull1.gif (2533 bytes)     Apabila permohonan anda telah selesai,dalam masa 4-6 bulan,Unit Pembahagian Pusaka            akan menghantar surat menghadiri bicara untuk menentukan tarikh,masa dan tempat bicara            kuasa dan hendaklah memdawa semua dokumen dan mengikuti syarat-syarat dibawah:

1.   Semua dokumen asal seperti buku kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak,
      suratnikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa
      semasa perbicaraan.

2.    Semua pihak yang di minta hadir adalah dikehendaki hadir di hari perbicaraan.Bagi yang
       mempunyai masalah untuk hadir, sama ada uzur,tinggal di tempat yang jauh dari tempat
       perbicaraan; mereka  haruslah mengisi (Borang Persetujuan) dan mengangkat sumpah
      dimana-mana sahaja Mahkamah atau badan-badan yang selayaknya.  

3.    Semua keterangan semasa perbicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.

anabull1.gif (2533 bytes)    CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN

1.    Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang islam.
2.    Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 bagi orang bukan islam.
3.    Pembahagian secara muafakat boleh dibuat jika semua waris bersetuju untuk menolak
       bahagian kepada sesiapa yang mereka mahu.
4.    Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan
       Berkelompok) 1960 tidak boleh dibuat lebih dari seorang sahaja daripada mereka,
       Pentadbir Tanah boleh  menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan
      di kalangan waris yang berhak.
5.    Pembahagian secara adat yang mana pembahagian dilakukan secara sama rata mengikut
       persetujuan semua waris.
6.    Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau,
      Tampin dan Jempul dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri sembilan,
      pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian 111
      Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil 1955.
7.   Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukkan 15(4)(d) Akta.

anabull1.gif (2533 bytes)    JANGKAMASA MEMPROSES SESUATU TUNTUTAN

1.    Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh
       4 1/3 - 6 bulan
2.    Bagi kes yang melibatkan  kematian berlapis dan harta berda di dalam daerah yang
       berlaianan jangkamasa proses mungkin melebihi dari tempoh di atas.
   

Sunset.gif (3032 bytes)

anabull1.gif (2533 bytes)     Setelah perintah pembahagian dikeluarkan , pihak waris hendaklah
        mengemukakan  hakmilik tanah (Geran) kePejabat Tanah berkaitan untuk tujuan
        pendaftaran perintah pembahagian tersebut.

anabull1.gif (2533 bytes)     Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan
        perintah pembahagian ke agensi / institut yang bertanggungjawab terhadap
        harta alih tersebut.

anabull1.gif (2533 bytes)    RAYUAN TERHADAP PERINTAH

         Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perintah yang dikeluarkan oleh
         Pegawai Pembahagian Pusaka Kecil hendaklah membuat rayuan melalui Pegawai
         Pembahagian Pusaka Kecil ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari
         tarikh perintah dibuat.

 

Sunset.gif (3032 bytes)

anabull1.gif (2533 bytes)     Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan yang dibuat
        selepas permohonan awal diselesaikan.

    a)    Permohonan yang kemudian boleh dibuat dalam keadaan berikut;

          i)    Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
         ii)    Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
iii)    Apabila perlu melantik seorang pemegang Surat Kuasa Mentadbir yang baru.
        v)    Untuk membatalkan Surat Kuasa Mentadbir dan pembahagian dibuat
               secara terus kepada waris simati;
        iv)    Untuk menarik balik sesuatu kaveat pendaftar;

 anabull1.gif (2533 bytes)     Setiap permohonan kemudian yang dibuat mestilah menggunakan (Borang P)

 

fl-blank.gif (4593 bytes)