Make your own free website on Tripod.com

       

    Unit Pembahagian Pusaka Kecil dan Akta Padi merupakan salah satu unit di bawah Pejabat Tanah dan Daerah Kerian.Unit ini telah menjalankan operasi sejak tahun 1940-an lagi.Pada mulanya, ia hanyalah sebuah bangunan papan.Pada tahun 1962,bangunan tersebut dirobohkan dan sebuah bangunan batu dibina.Bangunan baru tersebut dinamakan sebagai Blok A.Lima belas tahun berikutnya iaitu pada tahun 1977, satu lagi bangunan barudibina yang dikenali sebagai Blok B.

    Di awal penubuhannya, unit ini beroperasi di bawah Pejabat Tanah dan Daerah Kerian.Faktor bilangan kakitangan yang ramai dan untuk menampung beban tugas yang semakin bertambah menyebabkan pihak kerajaan telah menyewa sebuah rumah kedai dua tingkat yang terletak di Pusat Bandar Parit Buntar.Sehingga kini, unit ini masih kekal beroperasi di situ.

    Ibu pejabat unit ini terletak di Wisma Kuala Lumpur di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang kini telah ditukar namanya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KESAS).Ia bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan pembahagian harta pusaka dan Akta Padi. Namun Unit Pembahagian Pusaka lebih diutamakan.Terdapat 36 unit Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil di seluruh Malaysia.Setiap unit mengawasi dua atau tiga daerah. Pada 14 September 2000, unit ini tel;ah diiktiraf kualiti perkhidmatannya melalui pensijilan MS ISO 9002.

    Bagi Unit Akta Padi1967, merupakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Parlimen No 43, tahun 1967.Ia bertujuan untuk mengawal sewa dan menjamin pemegangan.Di bawah akta ini, sesiapa jua yang hendak menyewakan tanah sawah mestilah membuat surat perjanjian dengan menggunakan Borang A.

    Unit ini menyediakan ruang lingkup pejabat yang boleh memuatkan  10 orang kakitangan.Pejabat ini juga di lengkapi denagn kemudahan komputer, telefon, faks, mesin pencetak dan sebagainya.Terdapat 7 buah komputer, 1 mesin faks, 4 buah telefon, 3 mesin pencetak dan satu pengimbas.Ruang kaunter yang sederhana luas tetapi selesa di sediakan untuk memastikan pelanggan berpuashati.

    Unit ini juga mempunyai Dewan Seri Kerian yang mampu memuatkan 100 orang untuk taklimat dan sebagainya.Selain itu, terdapat sebuah bilik perbicaraan yang berada di bangunan tingkat atas untuk menjadi rujukan kepada orang ramai tetapi buat sementara waktu ini perbicaraan di lakukan di Pejabat Tanah dan Daerah Parit Buntar Kerian kerana memberi laluan kepada mereka yang uzur dan tidak berkemampuan untuk naik ke tingkat atas Unit Pusaka.Kemudahan-kemudahan lain adalah tempat letak kereta, tandas dan surau.

    Unit ini juga menjalankan pelbagai aktiviti untuk kakitangannya, Contohnya seperti menyediakan kelab sukan seperti bola sepak, badminton, boling dan lain-lain lagi. Selain itu  kakitangannya juga di hantar menghadiri seminar, kursus dan seumpamanya untuk meningkatkan prestasi kerja. 

 

   

fl-blank.gif (4004 bytes)