Make your own free website on Tripod.com

coollogo_com_12741417.gif (15348 bytes)

PENGENALAN SEKSYEN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan,adalah salah satu jabatan yang terletak di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang mana kementerian ini telah ditukar namanya kepada Kementerian Sumber asli dan Alam Sekitar. Seksyen ini diwujudkan pada satu Mac 1974 mengikut surat bil. (6) dalam KTKW 16/2/12 bertarikh 20 November 1973.Pengwujudan seksyen ini adalah bagi melaksanakan kehendak Jadual Kesembilan, Senarai 1,perenggan 4 (e)(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan harta pusaka kecil di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Undang-undang utama yang membolehkan Seksyen ini berfungsi ialah:

    i) Small Estates (Distribution) Act 1955 (Act 98)
   ii) Small Estates (Distribution) Regulations, 1955
  iii) Kanun Tanah Negara 1965

Buat permulaan sejumlah 11 orang Pegawai Pembahagian Pusaka,di bawah perkhidmatan tertutup (close-service) dengan gred gaji A 22 dilantik mewakili setiap negeri di Malaysia Barat.Kemudiannya bagi menampung bebanan tugas yang semakin bertambah, seramai 13 lagi pegawai dilantik pada tahun 1978.Dalam tahun 1981 Seksyen Pembahagian Pusaka sekali lagi berkembang dengan mendapat 17 lagi jawatan baru Pegawai Pembahagian Pusaka menjadikan jumlah terkini sebanyak 41 orang.

 

laman utama